Thursday, September 25, 2014
Status Kewangan Mahasiswa
Assalamualaikum, hai!
Mimpikan spa, massage chair, yang membantu untuk waktu-waktu kecederaan sakit badan macam ni.. Mana tak nyer the gang and I goreng nugget,bebola,kentang pelbagai rasa untuk jualan GOP (Global Outreach Program) Japan'15. Terpancarkan?!! kegigihan kami sekumpulan untuk mengumpul dana GOP yang tak banyak sangat dan tak sikit sangat, sekitar RM70K jew.fuhhh!!
Jadi tujuan sebenar post tak de kaitan sangat dengan perenggan diatas, tu.. Abis nak berkongsi apa? Tamat SPM, sambung ke MATRIKULASI, dan akhirnya masuk UNIVERSITI, di uni pinjam PTPTN sampai graduate. Tunggu, cari, tukar, tunggu, cari , tukar pekerjaan sampai jumpa yang betul ngam dengan diri. Basic salary RM2500 untung kalau dapat lebih.. Hutang tahun-tahun naik bunga/ujrah/riba dari jumlah hutang RM30K . Duit gaji bayar sewa rumah, bil telefon,air, elektrik,makan,pakaian!! Baki tinggal berapa sen sangat?? Berjanji dengan awek nak kahwin...
Tragis!!, dengan keadaan, tapi itu la realiti hidup bergelar mahasiswa-mahasiswi.. Siapa nak hidup susah dan kesempitan.. Jadi kena la ada backup plan walaupun SEDANG BELAJAR, tak banyak tapi sekurang-kurangnya membantu untuk saat-saat genting. We are preparing for the worse!! Akhir sekali Allah yang menentukan. Have some faith :)
Tips-tips berguna
1. Bukak akaun ASB/Tabung Haji/SSP etc ( simpan diam-diam dalam akaun berbuku, tak de la cepat tangan nak withdraw selalu,)
2. Beli EMAS ( perempuan beli barang kemas waktu emas tengah murah, lelaki beli dinar emas)
3. Kerja PART TIME ( tidak digalakkan, risau menggangu study)
4. Tulis review product, blog, etc
5. Buat pages facebook (jadi dorship ambil untung atas angin, hanya carikan customer sahaja).
Sekian untuk entry kali ini,
terima kasih kerana membaca :)
#komen dibawah untuk nyatakan pendapat,cadangan,dan sokongan anda ^_^
Saturday, September 6, 2014
Panasonic Scholarship 2nd Interview 2013/2014
Assalamualaikum, hai.
Selamat tinggal tahun2, Welcome tahun 3... #excited. Semoga semester ini dan akan datang menjadi guru yang terbaik sepanjang perjalanan bergelar mahasiswi di MJIIT UTM :) saya sedia !! InsyaAllah.
Alang-alang masih free dan teringat pasal interview kedua Panasonic ni kenalah cepat post. Lagipun dah janji dengan korang kan.. mana boleh lupa, so back on business.
Syukur, sangat dapat masuk untuk temuduga terakhir di section 21 shah alam, nervous kott, bila berada diantara top 9 finalist.Tak de la nak perasan bagus, tapi ini adalah salah satu pencapaian diri sendiri. Jangan ingat perjuangan sudah berakhir malah ini baru sahaja permulaan merebut 3 tempat
yang ditawarkan. =_="
Interviewer punya soalan perhhhh!!! nak tawu tak soalan-soalan apa yang ditanya??
cer bukak chek punya wordpress "promote skit!!", HERE Overall, soalan bukan nak tawu background korang sangat. tapi kebanyakan soalan mencerna minda just nak pastikan korang boleh fikir outside the box. Sebagai persediaan better la, banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah sikit, environmental issues, politics, latest news update dan perkara-perkara yang berkaitan. love story tak main...hehe
Melalui pemerhatian, jarang untuk company untuk bertanya perihal company mereka tapi kalau nak selamat buat homework sikit. tak de la blur bila 20minit bertubi-tubi ditanya soalan nanti oleh 3 orang interviewer yang arif dan bijaksana. :) Sesungguhnya, yang best pasal interview di Panasonic ni, lunch dan travel expenses fully covered.
InsyaALLAH, kurangkan frust sangat kalau tak dapat. fyi keputusannya diumumkan sebaik sahaja selesai semua interview. Kecut perut jugak. Bila diumumkan penerima biasiswa.
Kalau baca perenggan panjang dekat atas macam dah dapat je. tapi sebenarnya rezeki
ini untuk orang lain. :'( perjuangan belum berakhir selagi mana matlamat belum tercapai.
Semoga dapat buat yang terbaik di masa depan dan yang paling penting setiap
pengalaman akan mematangkan diri dari pelbagai aspek.
Wish you all the best, doakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat.
bye
Subscribe to:
Comments
(
Atom
)








