Thursday, September 25, 2014
Status Kewangan Mahasiswa
Assalamualaikum, hai!
Mimpikan spa, massage chair, yang membantu untuk waktu-waktu kecederaan sakit badan macam ni.. Mana tak nyer the gang and I goreng nugget,bebola,kentang pelbagai rasa untuk jualan GOP (Global Outreach Program) Japan'15. Terpancarkan?!! kegigihan kami sekumpulan untuk mengumpul dana GOP yang tak banyak sangat dan tak sikit sangat, sekitar RM70K jew.fuhhh!!
Jadi tujuan sebenar post tak de kaitan sangat dengan perenggan diatas, tu.. Abis nak berkongsi apa? Tamat SPM, sambung ke MATRIKULASI, dan akhirnya masuk UNIVERSITI, di uni pinjam PTPTN sampai graduate. Tunggu, cari, tukar, tunggu, cari , tukar pekerjaan sampai jumpa yang betul ngam dengan diri. Basic salary RM2500 untung kalau dapat lebih.. Hutang tahun-tahun naik bunga/ujrah/riba dari jumlah hutang RM30K . Duit gaji bayar sewa rumah, bil telefon,air, elektrik,makan,pakaian!! Baki tinggal berapa sen sangat?? Berjanji dengan awek nak kahwin...
Tragis!!, dengan keadaan, tapi itu la realiti hidup bergelar mahasiswa-mahasiswi.. Siapa nak hidup susah dan kesempitan.. Jadi kena la ada backup plan walaupun SEDANG BELAJAR, tak banyak tapi sekurang-kurangnya membantu untuk saat-saat genting. We are preparing for the worse!! Akhir sekali Allah yang menentukan. Have some faith :)
Tips-tips berguna
1. Bukak akaun ASB/Tabung Haji/SSP etc ( simpan diam-diam dalam akaun berbuku, tak de la cepat tangan nak withdraw selalu,)
2. Beli EMAS ( perempuan beli barang kemas waktu emas tengah murah, lelaki beli dinar emas)
3. Kerja PART TIME ( tidak digalakkan, risau menggangu study)
4. Tulis review product, blog, etc
5. Buat pages facebook (jadi dorship ambil untung atas angin, hanya carikan customer sahaja).
Sekian untuk entry kali ini,
terima kasih kerana membaca :)
#komen dibawah untuk nyatakan pendapat,cadangan,dan sokongan anda ^_^
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)









0 comments :
Post a Comment