Ads 468x60px

Saturday, September 6, 2014

Panasonic Scholarship 2nd Interview 2013/2014



Assalamualaikum, hai.


          Selamat tinggal  tahun2, Welcome tahun 3... #excited. Semoga semester ini dan akan datang menjadi guru yang terbaik sepanjang perjalanan bergelar mahasiswi di MJIIT UTM :) saya sedia !! InsyaAllah.
Alang-alang masih free dan  teringat pasal interview kedua Panasonic ni kenalah cepat post. Lagipun dah janji dengan korang kan.. mana boleh lupa, so back on business.

        Syukur, sangat dapat masuk untuk temuduga terakhir di section 21 shah alam, nervous kott, bila berada diantara  top 9 finalist.Tak de la nak perasan bagus, tapi ini adalah salah satu pencapaian diri sendiri. Jangan ingat perjuangan sudah berakhir malah ini baru sahaja permulaan merebut 3 tempat
yang ditawarkan. =_="

        Interviewer punya soalan perhhhh!!! nak tawu tak soalan-soalan apa yang ditanya??
cer bukak chek punya wordpress "promote skit!!", HERE Overall, soalan bukan nak tawu background korang sangat. tapi kebanyakan soalan mencerna minda just nak pastikan korang boleh fikir outside the box. Sebagai persediaan better la, banyakkan membaca bahan-bahan ilmiah sikit, environmental issues, politics, latest news update dan perkara-perkara yang berkaitan. love story tak main...hehe

        Melalui pemerhatian, jarang untuk company untuk bertanya perihal company mereka tapi kalau nak selamat buat homework sikit. tak de la blur bila 20minit bertubi-tubi ditanya soalan nanti oleh 3 orang interviewer yang arif dan bijaksana. :)  Sesungguhnya, yang best pasal interview di Panasonic ni, lunch dan travel expenses fully covered.

        InsyaALLAH, kurangkan frust sangat kalau tak dapat. fyi keputusannya diumumkan sebaik sahaja selesai semua interview. Kecut perut jugak. Bila diumumkan penerima biasiswa.
Kalau baca perenggan panjang dekat atas macam dah dapat je. tapi sebenarnya rezeki
ini untuk orang lain.  :'( perjuangan belum berakhir selagi mana matlamat belum tercapai.
Semoga dapat buat yang terbaik di masa depan dan yang paling penting setiap
pengalaman akan mematangkan diri dari pelbagai aspek.
Wish you all the best, doakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat.

bye
 

0 comments :

Post a Comment